Rabu

Teddy Vizzey Pembuat Gitar ' Felick' & Pemain Gitar Muda Indonesia

Seorang pemuda yang meminati musik serta dianugerahkan kemahiran seni dalam bidang musik dan membuat gitar elektrik (handmade). Selain pandai dan mahir bermain gitar,Teddy Vizzey anak kelahiran Kota Bandung juga mahir bermain keyboard. Corak petikan gitarnya lebih kepada petikan alunan Yngwie Malmsteen.                                              



            




TEDDY VIZZEY (23)  lahir di Kota Bandung pada 19 Oktober 1992 atau nama sebenarnya Tedy Vizzey Dia juga seorang yang merendah diri walaupun mempunyai kemahiran bermain gitar dengan baik.

Impian Teddy ialah mahu berjaya dalam semua bidang yang diceburinya . Saat temu bual dengan Teddy bila di tanya tentang angan-angan atau impiannya 
“ Angan-angan aku ingin menjadi sukses dari segala bidang. Apapun aku ulik meskipun bikin gitar dan lain lain dan berusaha membuat bangga orang sekitar “


Apabila ditanya pemusik yang diminatinya ..inilah jawaban Teddy:

"kalo artis yg aku suka ya itu Yngwie Malmsteen degan Chris broderick"


Chris Broderick
Yngwie Malmsteen

       Satu keistimewaan Teddy yang nyata ialah dia mahir dalam membuat gitar elektrik dan dengan jenama keluaran sendiri iaitu jenama “FELICK". Gitar-gitar keluaran workshop Teddy boleh ditempah mengikut kehendak pembeli. Gitar buatan tangan "Handmade" Teddy boleh dikatakan berkualiti kerana gitar keluaran workshop Teddy pernah dilawati oleh pemusik-pemusik terkenal di Indonesia dan artis2 tempatan yang lain. Bahkan gitarnya pernah dibeli oleh pembeli dari Kanada.



 Antara koleksi gitar jenama Felick


Hasil kerja sebuah gitar mengambil masa 1 hingga 4 bulan bergantung kepada permintaan pembeli. Makin lama buatannya makin berkualiti gitar tersebut kerana bergantung kepada bahan-bahan gitar yang dipesan pembeli sperti jenis pickup,knob,switch dan sebagainya. Kayu yang digunakan adalah berkualiti seperti pembuat gitar lain iaitu maple dan mahogany.

Maple
   
Mahogany
   




            

         Asalnya workshop gitar Felick ini adalah oleh diusahakan Billy Mujizath seorang gitaris terbaik se Indonesia tahun 2004 Djarum Super Festival. Billy juga yang mengajar Teddy membuat gitar dan akhirnya Billy meneruskan bidang lain dan memberi kepercayaan kepada Teddy untuk mengusahakan workshop tersebut. Teddy sekarang mengusahakan sendiri workshop gitar jenama Felick.


Gitar Handmade  Felick 7 strings

Gambar-gambar hasil kerja handmade Teddy 










Teddy juga merakam sentuhan solo gitar dalam Youtube.







Kepada sesiapa yang ingin hendak menempah gitar buatan Teddy jenama 'Felick' boleh berhubung terus atau ke alamat di bawah. Harga adalah amat berpatutan. Teddy juga bersedia mengajar kepada sesiapa yang ingin belajar dengannya.

a) Cara-cara untuk memperbaiki gitar yang rosak atau gitar yang ada masalah -masalah mekanikal,teknikal dan sebagainya.
b) Kelas teknik-teknik bermain gitar secara "tapping skills"  dengan bayaran yang amat murah berdasarkan jumlah masa dan waktu yang dikehendaki oleh pelajar atau sehingga pelajar berasa puas hati . Lihat dan tonton video dibawah..





1. Facebook 

2. Untuk menghubungi Teddy:~

felick guitar custom
cp:74537b36
phone/whatsapp +628972977328
line: teddy_vizzey
instagram teddy vizzey.




Tiada ulasan: