Khamis

Usin Bolt nak main bola sepak dengan Man.United.


Usin Bolt, tidak akan menolak kalau Sir Alex Ferguson memberinya  peluang bagi sesi pemilihan pemain bola sepak.

Siapa tidak kenal Usin Bolt(25), pelari Jamiaca dan manusia terpantas di muka bumi ini dalam acara trek 100 / 200meter...? Tapi apa yang tidak terfikir oleh kita ialah impian Bolt ingin bermain sukan bola sepak terutama bersama kelab terkemuka iaitu Manchester United. Itulah luahan Bolt semasa sesi temu bual wartawan dengan beliau di London.


Jumaat

Tiada kontrak lagi bersama Kristen..kata Liberty Ross

Liberty Ross isteri  Rupert Sanders melarang suaminya daripada mengarah filem sekuel bersama pelakon Kristen Stewart -'Snow White And The Huntsman'....

     Semenjak skandal hubungan sulit gambar Kristen(23) dan Rupert(41) tersiar di akbar-akhbar dunia dan pengakuan daripada pelakon utama wanita sekuel 'Snow White And The Huntsman' tentang hubungannya bersama pengarah filem tersebut, pelbagai kritikan dan tohmahan yang telah dilemparkan atau diterima oleh mereka daripada peminat-peminat dari seluruh dunia. Pengakuan iklas dibuat kerana tersebarnya gambar kemesraan sambil berpelukan.

Liberty sebagai watak ibu kepada Snowhite


Kris dan Rupert ketika tayangan perdana 'Snowhite and the Huntsman'
    
Sehubungan dengan skandal tersebut, demi untuk menyelamatkan rumah tangganya, isteri Rupert, Liberty melarang suaminya berurusan atau berhubung dengan Kristen lagi. Isterinya tidak membenarkannya menandatangani kontrak sekuel tersebut pada masa akan datang. Kristen juga telah secara terbuka memohon maaf pada kekasihnya Robert Pattinson hero filem 'Twilight", dan ada sumber menyatakan mereka tidak tinggal bersama lagi selepas kejadian tersebut.













Menurut sumber, boss studio akan mencari pengarah lain untuk sekuel sambungan tersebut. Sebelum ini Rupert hanya mempunyai perjanjian secara lisan. Rupert Sanders memberitahu bahawa dia berasa sedih diatas apa yang terjadi dan kesakitan yang ditanggung oleh Liberty dan anak-anaknya. Dia juga menyatakan amat menyayangi keluarganya sepenuh hati dan berharap mereka dapat mengharungi masalah ini bersama-sama. Rupert Sanders mempunyai dua orang anak iaitu Skyla (7) dan Tennyson (5).



AK: -Isu-isu panas ini akan pasti meningkatkan populariti seseorang artis...AK nak 
            popular  jadi jurujual bos ikan kering dan belacan jer...