Ahad

CUTI-CUTI MALAYSIA MIRI ~Pantai Bungai,Bekenu Sarawak

Kedai Santai Si Jiak Pantai Bungai, Bekenu.Miri



CUTI-CUTI MALAYSIA ~ BEKENU,MIRI







Sarawak mempunyai pelbagai pakej pelancongan yang menarik. Sarawak dibahagikan kepada bahagain atau nama di semenanjung dipanggil jajahan. Bermula dari bandaraya Kuching hingga ke Bandar Lawas sempadan Negeri Sabah , terdapat pelbagai kawasan yang menarik untuk pelancongan.

Untuk ruangan kali  ini, AK akan bercerita tentang sebuah tempat pelancongan di utara negeri Sarawak  iaitu  di bahagian Miri.. Bahagian Miri dibahagikan kepada 3 daerah besar iaitu Bandaraya  Miri, Subis dan Baram.  Anggaran jumlah penduduk di bahagian Miri sekarang dalam lingkungan 278 000  – 280 000 orang merupakan  bilangan penduduk yang kedua terbanyak selepas bandaraya Kuching.
AK akan menceritakan sebuah pantai atau tempat pelancongan yang sesuai untuk  individu dan juga keluarga bercuti  merehatkan diri ,minda dan tempat bagi melepaskan kepenatan setelah penat bekerja atau sebagainya iaitu Pantai Bungai Bekenu.




      Jarak Bandaraya Miri ke PantaiBungai sekitar 46-50 km yang terletak dalam daerah Subis. Ianya mengambil masa selama 40 minit hingga 50 minit untuk sampai ke Pantai Bungai. Kawasan kampung (Kpg Bungai) di Pantai Bungai majoritinya didiami oleh kaum Kedayan dan beragama Islam.Kebanyakan penduduk di Kpg Bungai bekerja sebagai petani, nelayan dan ada juga yang bekerja di sektor swasta maupun sektor awam. Pantai Bungai sekarang dalam proses penambahbaikan dan pembinaan pentas serta infrastruktur baru bagi keselesaan para-para pelancong untuk melawat pantai tersebut.
Pantai Bungai menghadap Laut China Selatan dan suasana untuk melihat matahari terbenam amat sesuai. Pantainya yang bersih dan panjang memang sesuai untuk kita beriadah. Tentang penginapan tidak menjadi masalah kerana di situ banyak terdapat chalet-chalet , yang murah serta “Homestay” juga terdapat di situ. Hujung minggu,ramai pengunjung,pelancong dari luar datang bersantai di Pantai Bungai.
Dua tahun yang lalu masalah tempat makan  menjadi masalah dan sekarang ianya tidak menjadi masalah lagi. Berdekatan dengan pantai Bungai terdapat kedai makanan yang menarik serta sesuai untuk seisi keluarga. Salah satu tempat makanan yang menarik di Pantai Bungai ialah Santai Si Jiak. Selain makanan dan minuman biasa, mereka  juga ada menjual ais kacang , ABC (Air Batu Campur). Memang sesuai untuk pengunjung di tepi pantai bila pekena ais kacang nie.
Pondok Makan Santai Si Jiak, Pantai Bungai.
En Hj. Abdul Gani B. Kamit

Nampak Pentas Pantai Bungai dari Kedai Santai Si Jiak.

        Kedai Santai Si Jiak ini  adalah kepunyaan individu iaitu bernama Encik Hj.Abdul Gani Bin Kamit. Kedai makan ini telah dibuka pada penghujung tahun 2014 bulan Disember. Suasana gerai dan pondok2 gerai mereka terletak ditepi laut dikelilingi pokok-pokok ru, benting pasir sungai dan menghadap ke laut serta kita dapat melihat matahari terbenam (sunset) tanpa dihadang oleh pokok-pokok membuat kita berasa selesa berteman tiupan angin laut. Waktu operasi kedai makan Santai Si Jiak ini pula seperti Rajah 1:

Selasa-Jumaat
1.00pm – 7.00pm
Sabtu dan Ahad
9.00 – 7.00pm
Isnin
Cuti Rehat

RAJAH 1
Selain tempat makan, En. Hj Abdul Gani juga ada menyediakan tempat tinggal bercorak Semi-D dan sebuah rumah sewa panjang yang diberi nama “JATI DIRI FARMSTAY” (klik sini). Terdapat 10 buah bilik disediakan.

2 Unit Semi-D(4 Bilik Berhawa Dingin)
RM120 semalam plus sarapan
RM140 semalam plus sarapan & makan malam
6 Bilik Kipas
RM80 semalam plus sarapan
1 buah bilik yang dpt memuatkan 30 pelajar (Double Decker)






Bilik Berhawa Dingin Semi-D







Selain itu terdapat  juga chalet2  lain yang terletak betul2 berdekatan dengan Pantai Bungai. En. Hj Abdul Gani juga ada menyediakan pakej-pakej menarik untuk pelancong yang  inginkan melakukan  aktiviti lain contohnya:~menjelajah ke air terjun berhampiran,jungle tracking ,nature walk dan yang paling menarik sekali ialah ada An all-terrain vehicle (ATV) ride. Terdapat tiga buah ATV 4 roda disediakan dan sewaan mengikut jam. Sejam hanya RM30.00 sebuah.
ATV & BANANA BOAT
An All Terrain Vehicle (ATV)


Power Kite








     ~>En. Hj Abdul Gani juga ada menyediakan sewaan seperti “Power Kites” dan “Banana Boat”. Sewaan bagi “Banana Boat” ialah RM20 sejam. Bagi yang kaki pancing ada pakej memancing. Pengunjung hanya perlu bawa GPS dan rod pancing  sendiri .Kawasan laut persisiran Pantai Bungai memang kaya dengan pelbagai jenis ikan yang menarik. Sebelum ini Hj Abdul Gani memberitahu pelancong-pelancong dari Jerman telah menyewa bot untuk memancing ikan. ..AK minat pancing ikan di pasar ikan saja… J ...  Apa yang paling istimewa jika kita bermalam di sini ialah kalau bernasib baik kita akan dapat membeli makanan laut yang 'fresh'  dari nelayan tempatan seperti udang, ikan fresh yang masih lagi melekit kulitnya.

Apa lagi, rancanglah cuti dan jika pergi ke bandaraya Miri, jangan lepaskan peluang untuk meneroka keindahan hidupan laut serta flora dan fauna di sekeliling Pantai Bungai. Jika memerlukan pengangkutan dari Miri ke Pantai Bungai , bolehlah hubungi 014-6923243 (En.Allie). Jika hendak mengetahui info lanjut pakej-pakej menarik, boleh telefon Encik Hj Abdul Gani -019-8247826

"AK minat laut tapi, bila teringat cerita JAWS... geli rasanya...huu..huuu"

7 ulasan:

mrhanafi berkata...

saya belum lagi ke Miri walaupun memang orang sarawak..masa muda dulu tak sempat nak jalan-jalan..sekarang dah tua la pulak..he..he..

aljukimong@ AK berkata...

Tak apa Hanafi..kalau ada rezeki..sampailah di Bandaraya Miri..hanya perlu cari luangkan masa dan rancang dr awal

Unknown berkata...

Best kan bercuti di Miri~ !

Jika Anda, keluarga dan kawan-kawan ingin bercuti di Miri?
Kami dari HRB Car Rental Miri menyediakan perkhidmatan kereta sewa dengan harga yang berpatutan.

Hubungi kami di 019 233 6923 / 013 883 6923 untuk mendapatkan harga dan servis kereta sewa yang terbaik di
pasaran !

www.hrbcarrental.com

Unknown berkata...

NAK CARI MUSLIM TRAVEL DI MIRI,
HUBUNGI KAMI 0128451219...
PAKEJ MURAH
MIRI/NIAH/BRUNEI DARUSSALAM.

Unknown berkata...

marek pegi sia tapi xtauk kewujudan tempat makan and chalet ya, perlu diiklankan supaya ramai lagi yg tauk tempat tok.

Dhani Tour Bandung berkata...

Salam sejahtera Tuan / Puan, Sebelum itu ingin memohon maaf kerana membuat promosi disini...
Semoga Tuan/Puan senantiasa diberikan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezki(Amiin). Buat Tuan/Puan yang sudah merancang bercuti ke Bandung/Jakarta dan memerlukan kereta beserta pemandu bolehlah hubungi kami :

WhatsApp : +6282214441280
Call : +6282214441280
Call : +6282282222896
Email : Dhanibandung@yahoo.com
Blog : Melancongdibandung.blogspot.com(Dhani Tour Bandung)
Website : www.paketpelanconganbandung.com dan www.dhanitourbandung.com

Kami sangat mengutamakan kepuasan tetamu dan dijamin harga yang sangat berpatutan...Insya Alloh kami memberikan service yang terbaik dan layanan taraf 5 bintang...

KAMI PUN MENYEDIAKAN PAKET BERUPA TRANSPORT DAN HOTEL

Semoga inform dari saya dapat memudahkan urusan bercuti Tuan/Puan untuk ke Bandung.
Nb : Yang lebih mahal itu banyak, yang lebih murah pun ada tapi kami janjikan yang terbaik dari Dhani Tour Bandung... (Insya Allah) Jom mari melancong di Bandung murah sahaja... Untuk apa cari harga yang lebih murah jika service nya kurang berbaloi dan tidak memuaskan ^_^
Wassalam dan Terima Kasih.. ^_^

JOM MELANCONG INDONESIA…
CITY TOUR BANDUNG DAN CITY TOUR JAKARTA

Unknown berkata...

Hotel KOTOR!!